Himpunan Kesesatan Wahabi
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Di kesempatan ini, saya akan menulis himpunan kesesatan Ajaran Wahhabiyah. Antara Syiah dan Wahhabi, Syiah lebih sesat, namun WAHHABI lebih berbahaya.
1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,
2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,
3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,
4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,
5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,
6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,
KEPUTUSAN ADALAH MENOLAK PENYEBARAN FAHAMAN WAHABI KERANA MENGANGGU GUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM
Muktamar Ahlussunnah Waljamaah di Grozny, Chechnya telah bersepakat mengeluarkan wahabi/neo-khawarij/salafi takfiri/ISIS dari Kelompok Ahlussunnah Wal Jamaah.
Rujuk video di bawah untuk lebih memahami asas pengeluaran kelompok tersebut dari ASWJ.
Pengertian Wahabi
Wahhabi, atau Wahhabiyah adalah satu ajaran baru yang muncul sekitar akhir 1700an. Dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abd Wahab yang digelar sebagai mujaddid oleh golongan pengikutnya. Namun di sisi lain, ajaran MAW ini banyak bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Kerana banyaknya tulisan yang mencela ajaran wahhabiyah ini, sesetengah pengikut wahabi berhujah bahawa ramai tersalah faham antara Muhammad Ibn Wahab dan Abdul Wahab Rustum.
Namun hakikat yang sebenarnya, ajaran wahhabiyah (الوهَّابيَّة) dan ajaran yang diikuti oleh Abdul Wahab Rustum adalah ajaran yang berbeza. Abdul Wahab Rustum adalah pengikut ajaran wahbiyyah (الوَهْبِيَّة) yang diasaskan oleh Abdullah bin Wahbi ar Rasibi.
Sekarang ni, mereka sering menggelar diri mereka golongan salafy, atau pengikut salaf. Salaf ni adalah zaman 300 tahun pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW. Tapi tu slogan kosong je, yang diorang ikut kebanyakannya Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim Al Jauzi, Muhammad Abd Wahab, Ben Baz, Utsaimin dan Albani.
Kalau jumpa jenis orang yang suka quote ulama2 diatas, besar kemungkinan diorang wahabi. Tak caya cuba check akidah diorang tengok.
Sejarah Wahabi
Sejarah wahabi adalah sejarah hitam dalam Islam dimana perjuangan utama Muhammad Abd Wahhab dan pengikutnya adalah untuk memerdekakan semenanjung tanah Arab yang pada pendapat mereka telah dijajah oleh Khilafah Turki Uthmaniyyah yang ketika itu pada pandangan mereka banyak mengamalkan kesyirikan. MAW dibantu oleh Ibn Saud.
Hakikatnya, Khilafah Uthmaniyyah adalah pemegang takhta khalifah dan semua sultan-sultan di seluruh dunia tertakluk di bawah kekuasaan khalifah. Pada tahun 1744, MAW (Muhammad Abd Wahab) bersama sekutunya Ibn Saud mendirikan kerajaan Diriyah di Najd. Asalnya, MAW yang berasal dari Uyaina telah diusir oleh orang kampungnya kerana membawa ajaran baharu dalam Islam. Abang dan Bapanya adalah seorang ulama’ pada masa itu. Abangnya juga menulis satu buku menerangkan kesesatan MAW.
Kisah ini dirakamkan di dalam website Keluarga Saud sendiri, namun website itu telah dinyahaktifkan baru-baru ini, mungkin kerana kedok wahabi semakin lama semakin terbuka. Namun ia masih boleh diakses di Web Archive.
Pemberontakan MAW dan Ibn Saud terhadap Khilafah Uthmaniyah berjaya membuahkan hasil apabila mereka berjaya merampas Haramain dari Turki Uthmaniyyah pada awal 1800an. Ia telah menimbulkan kemarahan Turki Uthmaniyyah, dan Turki Uthmaniyyah menawan kembali Mekah dan Madinah seterusnya menghancurkan Kerajaan Saudi Pertama. Abdullah bin Saud ditangkap dan dibawa ke Istanbul untuk dijatuhkan hukuman mati kerana memberontak (bughah). Sumber
Namun, kemaraan Wahabi dan Keluarga Saud, serta penentangan mereka terhadap Khilafah Uthmaniyyah tidak terhenti setakat itu. Mereka menggunakan sentimen Nasionalisme Arab untuk menentang Khilafah Uthmaniyyah, mereka juga mendoktrin pengikut2 mereka dengan doktrin menentang Khilafah yang “pada pendapat mereka” mengamalkan syirik secara berleluasa.
Tambahan lagi, mereka juga mendapatkan bantuan dari British dengan perjanjian rahsia antara Wahabi dan British pada 1866 dan Perjanjian Rasmi pada 1915. Mereka menganggap orang kafir seperti British lebih baik dari Khilafah Uthmaniyyah yang syirik.
Menggunakan Doktrin Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah untuk menghalalkan setiap tindakan mereka adalah perkara yang batil, mereka mengatakan orang kafir bertauhid Rububiyyah. Ia adalah satu pernyataan yang sangat ganjil yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana ulama sebelum mereka. Mana mungkin orang yang tidak beriman, bertauhid! Mana mungkin orang yang tidak beriman MENGESAKAN Allah!
Apa yang berjaya dilakukan oleh wahabi dan pengikutnya, hanyalah menghancurkan Khilafah Uthmaniyyah, payung kepada Orang Islam seluruh dunia! Mereka hanya membawa kepada penentangan dan kerosakan demi kerosakan kepada dunia Islam.
Mufti Besar Mekah, Syeikhul Islam Hijjaz ketika itu, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan yang juga Imam Besar Kedua-dua Masjid Suci juga menulis pelbagai risalah, kitab dan journal untuk menerangkan kesesatan Wahabi. Antaranya adalah Fitnatul Wahhabiyah. Menceritakan bagaimana Pengikut-pengikut wahabi menjarah kota mekah dan membunuh ramai orang islam ketika itu.
Berikut saya ringkaskan ciri ciri wahabi
Fiqh
Dari segi fiqh, mereka cenderung untuk melakukan talfiq dengan alasan supaya tidak taksub terhadap mazhab. Namun, dalam ajaran sebenar Ahlussunnah Wal Jamaah, taqlid terhadap mazhab hukumnya wajib untuk orang awam. Tindakan mereka menyeru kepada amalan mencampur mazhab tidak selari dengan pandangan jumhur dan ijma’ ulama.
Mereka juga membesar-besarkan perkara khilafiyah dan menghukum bidaah kepada amalan orang islam yang pada pendapat mereka tidak ada nasnya. Ia adalah kerana mereka tersilap faham definisi bidaah yang sebenar.
Kullu bid’atin dholalah. Itulah hadis yang mereka akan gunakan setiap kali berhadapan dengan perkara-perkara yang pada pendapat mereka tidak ada sandaran dalam syarak. Namun mereka membahagikan perkara baru itu kepada urusan agama, dan urusan dunia tanpa dalil yang qat’ie tentang pembahagian tersebut.
Sekiranya setiap perkara baru itu sesat, sudah pastilah urusan dunia tidak terkecuali. Kerana syariat islam tidak hanya terpakai untuk urusan agama sahaja, tapi terpakai untuk urusan agama dan urusan dunia.
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Siapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini, yang bukan (berasal/bersumber) darinya, maka dia tertolak.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
Hadis diatas sering digunakan oleh pengikut wahabi untuk membahagikan urusan SYARAK kepada urusan dunia dan urusan agama. Walhal perkataan فِي أَمْرِنَا bermaksud (URUSAN KAMI) iaitu syariat islam ataupun landasan syarak, Ianya tidak boleh dijadikan dalil perkara baru terbahagi kepada urusan dunia dan urusan agama.
Selain itu, hadis pendebungaan kurma juga dijadikan dalil untuk mengatakan perkara baru terbahagi kepada urusan dunia dan urusan agama. Walhal hadis itu sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan hadith berkaitan Bid’ah dan Muhdath (Perkara Baru).
Yang sebenarnya, Menurut Imam Syafie, Perkara Baru (Muhdath) terbahagi kepada Bidaah Mahmudah dan Bidaah Mazmumah. Setiap perkara baru yang tidak berlandaskan syarak, tertolak, tidak kira lah ianya urusan agama, atau urusan dunia. Dan bidaah bukanlah salah satu dari hukum fiqh (Haram, Wajib, Sunat, Makruh, Harus)
Sebagai contoh, sekiranya urusan muamalat atau perniagaan tidak dilakukan berlandaskan syarak, tentulah ianya juga tertolak. Syariat Islam tidak pernah membahagikan antara urusan dunia dan urusan agama. Membahagikan syariat islam kepada urusan agama dan urusan dunia adalah Sekularisme. Semoga kita terlindung dari cenderung mensekularkan urusan Syariat Islam yang kita cintai ini.
Aqidah (Iman)
Dari segi akidah pula, mereka menggunakan doktrin Tauhid 3 Serangkai. Kaedah akidah seperti ini adalah perkara baru dalam agama. Falsafah Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah adalah falsafah yang digunakan oleh Ibn Taimiyah.
Sebenarnya banyak lagi falsafah tauhid yang pernah dibahas oleh para ulama Islam sejak dahulu, antaranya adalah Tauhid Mulkiyah, Tauhid Ubbudiyah, Tauhid Syuhudiah, Tauhid Wujudiyah dan sebagainya.
Kenapa MAW menekankan hanya falsafah Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah? Kerana untuk mendoktrin pengikutnya agar menerima bantuan British dengan hujah, orang kafir juga bertauhid, iaitu Tauhid Rububiyyah. Walhal orang kafir mustahil mengesakan Allah dari segi ketuhanan.
Mereka juga mendoktrin pengikutnya menyamakan orang islam yang “pada pandangan mereka” melakukan syirik sama sahaja dengan orang kafir yang tidak berTauhid Uluhiyyah, justeru menghalalkan nyawa dan harta mereka. Walhal dalam ajaran Ahlussunnah Wal Jamaah, Haram mengkafirkan Ahlul Kiblat.
Dari segi Tauhid Asma Wa Sifat, wahabi mendoktrin pengikut mereka untuk mengambil zahir ayat-ayat sifat yang mutasyabihat di dalam Al Quran dan Hadis. Mereka mentakwil/mentafsir ayat tersebut mengikut pendapat yang syaz. Mentakwilkan Yadullah kepada Allah mempunyai tangan, mentakwilkan Sifat Istiwa kepada Allah di atas arasy bertempat dengan DzatNya, dan sebagainya yang TIDAK LAYAK bagi Allah, dan menyerupai akidah yahudi dan nasrani.
Sebagai buktinya, didalam satu kitab Ibn Taimiyah yang diikuti oleh MAW serta pengikut-pengikut wahabi lainnya, dinyatakan:
إذا جلس تبارك و تعالى على الكرسي سُمِع له أطيط كأطيط الرَّحل الجديد
Kata Ibnu Taimiyiah ini tersebut bermaksud :”Apabila (Tuhan) tabarakallah taala duduk di atas kursi maka akan terdengarlah bunyi seperti pelana kursi unta yang baru diduduki (keriuk-keriak)”.Ibn Taimiyah al-Harrany(1993), Syarh Hadith al-Nuzul, (t.tp): cetakan Riyadh,. h. 400.dan di dalam kitab Majmu` al-Fatawa, j. 5 h. 527.
Subhanallah betapa jelas Ibnu Taymiyah menjisimkan Allah taala..Nauzubillahu min zalik. Bukti printscreen kitab-kitab beliau ada di sini. Kalau yang faham arab, boleh baca banyak lagi bukti2 kesesatan Ibn Taimiyah.
Tujuannya juga untuk mendoktrinkan pengikutnya agar mencari titik persamaan antara akidah mereka dengan Yahudi dan Nasrani. Akidah Yahudi, tuhan bertempat di atas langit, diatas kerusi, dikelilingi oleh Malaikat. Akidah Nasrani pula, tuhan bapa mereka bertempat di syurga. Nauzubillahi minzalik itulah akidah dan iktikad mereka.
Doktrin dan Iktikad wahabi ini adalah wabak! kadang2 dalam tidak sedar, wabak ini terkena kepada orang-orang yang alim dan mereka sendiri dalam tidak sedar menyebarkannya kepada orang-orang awam. Saya beri contoh beberapa video bukti ada dikalangan ilmuan di Malaysia yang secara terbuka menyebarkan doktrin2 wahabi ini:
“Kalau tuhan bukan di langit, Nabi pegi israk mikraj di langit buat apa?” Seriously dr? Adakah anda beriktikad Allah bertempat di langit??? Nauzubillahi minzalik.. Peristiwa Israk Mikraj bukanlah dalil Allah di Langit.. Sidratul Muntaha adalah tempat Nabi menerima perintah solat.
Seperti mana Nabi Musa di atas Gunung Tursina menerima perintah dari Allah bukanlah dalil Allah di Gunung Tursina, begitu juga yang patut kita imani dengan peristiwa Isra’ Mikraj Nabi Muhammad.
Tapi ada juga yang membalas bila diberi hujah sebegitu, ha dengarkan ye!
“Masa tak turun dok atas langit lah!” Nauzubillah.. Allah wujud tak bertempat, tidak dilalui olehNya akan masa! Dalam akidah tak ada khilaf ye syeikh..
Disamping itu, mereka kerap mengatakan Sifat 20 adalah ilmu falsafah yunani, namun kebenarannya, sifat 20 itu berlandaskan dalil dan nas yang qat’ie, muhkam. Sifat 20 juga bukanlah mengehadkan sifat Allah kepada hanya 20, tapi sifat yang wajib diketahui oleh mukallaf.
Sekiranya sifat 20 ini adalah ilmu falsafah dari yunani, syarah Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah juga adalah perbahasan falsafah dan istilah Rububiyyah dan Uluhiyyah tidak wujud pada zaman salaf.
Tasawwuf (Ikhsan)
Tak banyak boleh dikatakan tentang tasawwuf, kerana wahabi pada asasnya, menolak tasawuf dan berpendapat ilmu tasawuf adalah ilmu yang sangat kotor seperti air longkang.
Mereka juga menolak tarekat2 dan sangat anti pada golongan sufi. Tidakkan mereka mengetahui bahawa Pembebas Kostantiniyyah Sultan Muhammad Al Fateh berakidah dengan akidah Asyairah Maturidiah, dan seorang sufi bertarekat Naqsyabandiah? Terkejut? itulah kebenarannya, Sultan Muhammad Al Fateh, berakidah dengan akidah Asyairah Maturidiah dan seorang sufi bertareqat.
لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera”
Hadis ini adalah bukti kebenaran akidah asyairah dan maturidiah. Tentera Muhammad Al Fateh pada ketika itu majoriti sufi bertariqat. Mana mungkin sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera, memegang iktikad akidah yang salah.
Penutup
Akhir Kalam, ini lah serba sedikit penerangan yang sangat ringkas yang mampu saya tuliskan. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang ingin disentuh, namun saya hanya memberikan isi-isi yang pada pandangan saya penting, dan selebihnya terserahlah anda, yang berpeluang membaca tulisan saya ini, untuk melakukan tabayyun sendiri kebenaran dan kesahihan tulisan saya ini.
Sebenarnya, telah agak lama saya ingin menulis tentang perkara ini. Namun kekangan masa dan asyik terlupa untuk menulis tentang perkara ini. Semoga tulisan saya ini memberi manfaat kepada anda.
والله أعلمُ بالـصـواب