Mesti ramai antara korang yang contact list phone dia penuh. Biasanya contact list kita penuh sebab kita perlu save nombor orang tu sebelum whatsapp dia. Betul tak? Dan kadang2 kita hanya nak whatsapp dia sahaja tanpa perlu nak save nombor dia.
Ha.. kalau korang menghadapi masalah begini, korang perlu tahu cara whatsapp tanpa perlu save nombor orang tu. Baru lah contact list korang tak penuh sampai nak cari nombor orang pun susah kan?
Ada beberapa cara korang boleh whatsapp tanpa perlu save nombor ni, tapi saya akan tunjukkan anda cara paling mudah untuk whatsapp tanpa perlu save.
Caranya adalah menggunakan apps WasapLa Direct yang boleh didownload dari google playstore.
Step 1: Download apps dibawah dari google playstore
Step 2: Buka apps tersebut, anda akan nampak interface seperti di bawah.
Step 3: Masukkan telefon yang anda nak whatsapp (jangan lupa kod kawasan)
Step 4: Tekan Wasap!!
Mudah kan?
Tambahan: Anda juga boleh menggunakan QR Code scanner untuk direct wasap. Untuk generate QR Code wasap.la, anda boleh menggunakan Apps Wasap.la Biz.
Ini ialah post untuk produk terbaru saya iaitu sebuah tool untuk broadcast message whatsapp kepada banyak nombor. Whatsapp Broadcast message sebenarnya tidak membantu kerana sekiranya penerima tidak save nombor awak, mereka tidak akan menerima message tersebut.
Oleh sebab itulah, saya memerlukan sebuah tool yang boleh broadcast message kepada yang tak save nombor saya. Dan terciptalah sebuah tool untuk memudahkan lagi proses marketing saya.
boleh tengok demo di bawah.
Sebelum ni, apabila saya memulakan projek wasap.la, ia adalah projek suka-suka dan idea dari isteri saya, Lebih kurang dia cabar saya lah.. “Awak tak boleh buat link wasap sendiri ke?”
Ha.. itu la starting dia. Apabila dah siap, pengguna pertama link tersebut adalah isteri saya. Kemudian beberapa syarikat berminat untuk menggunakan wasap.la sebagai redirection link ke whatsapp mereka.
Utk setakat ni, total user untuk Wasap.la ada lebih kurang 400 peniaga/staff sales. masih sedikit namun ia bertambah dari hari ke hari.
Apabila menggunakan link wasap ni, customer akan message whatsapp direct. so kita ada nombor telefon customer. Database tu kalau tak digunakan dengan betul, sangatlah merugikan.
Oleh sebab itu saya membangunkan software Mass Whatsapp Message ini supaya data nombor2 customer tu kita boleh guna untuk mengiklankan produk2 baru, offer2 baru ataupun sekadar mengucapkan selamat berbuka puasa/selamat hari raya/selamat berpuasa dan sebagainya..
Kadang2 customer kita lupa pada kita. Kita yang kena ingatkan mereka. Sebab tu lah Jenama2 besar berhabis modal semata-mata untuk kekal diingati oleh customer2 mereka. Makin ramai customer, makin tinggi kos impression ini.
Mass Whatsapp Message ini percuma untuk pemilik Biz Dashboard Wasap La. Tetapi sekiranya anda ingin software sahaja, anda boleh membeli software sahaja. Hanya bayar sekali seumur hidup. Itu yang ramai seller inginkan. Pelaburan sedikit untuk Kebarangkalian tanpa Had.
Macam2 yang anda boleh lakukan dengan tool ini. Ia bergantung kepada kreativiti anda.. Anda juga boleh applikasikan ilmu2 marketing yang anda belajar dari sifu2 anda dengan tool ini..
Software ini juga boleh di download secara Trial. Trial hanya boleh load 3 nombor sahaja. Beberapa fungsi juga hanya terdapat pada Full Version. Anda boleh download Trial di SINI
Be Creative. Get ahead of your competitor.
Tool ini saya beri percuma kepada yang sudah mendaftar sebagai pengguna Wasap.la Biz Dashboard. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu Wasap.la Biz Dashboard, anda boleh menonton video pengenalan Biz Dashboard di http://wasap.la
Boleh dapatkan Biz Dashboard Wasap.la dengan klik link ni
Hari ni saya nak kongsikan satu development journal untuk parcel tracking yang saya buat. Source code tidak disediakan, cuma lebih kepada POC.
Baik, kekangan pertama yang saya hadapi apabila nak dapatkan status dari website syarikat logistik ni adalah, ada yang sediakan API, ada yang tak sediakan API, tapi saya memang nak buat yang boleh track semua company yang ada.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin kongsikan tool untuk para admin sistem dan tukang repair komputer di luar sana. Upgrade dari versi Windows 7 boleh tengok dekat video ni.
Assalamualaikum, hari ni saya nak berkongsi mengenai sistem-sistem open source yang saya rasa reliable untuk peniaga. Tujuan saya berkongsi ini adalah untuk membantu para peniaga yang baru supaya mengaplikasikan perniagaan yang sistematik.
Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan program untuk tukar audio channel kepada Left atau Right sahaja. Ia berguna untuk karaoke sendiri-sendiri kat rumah pakai youtube dan tak ada audio mixer kat rumah.
Anda suka edit video? Biasa pakai Windows Movie Maker tapi movie maker banyak limitation? saya pun begitu juga. Kadang-kadang ada kerja-kerja saya yang memerlukan video editing. This is my Top 3 Best Free Video Editor
Dalam segi bahasa, Tajwid bermakna mengelokkan dan membaguskan sesuatu. Sedangkan menurut istilah, Tajwid ialah suatu ilmu yang membicarakan mengenaimakhraj huruf (tempat keluar huruf), sifat-sifatnya, kadarpanjang pendek bacaan serta perkara-perkara lain yang adakaitan dengan cara bacaan ayat al-Quran.