Faiz Amer

Siapakah Ahlussunnah Wal Jamaah

AHLI Sunnah wal Jamaah ialah sebagai mana yang disebut oleh al-Hafiz Murtada al-Zabidi dalam kitab Ithaf al-Sadat al-Muttaqin: “Jika dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah, maka yang dimaksudkan ialah al-Ashairah dan al-Maturidiyyah.”

Dr Nuh ‘Ali Salman al-Qudah yang merupakan Qadi al-Qudah (Ketua Hakim) dan Mufti Jordan menyebut dalam kitab al-Mukhtasar al-Mufid fi Jauharah al-Tauhid yang menjadi rujukan utama bagi subjek teras bagi pelajar diploma di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA): “Dan di antara perkara yang patut disebut ialah jaguh-jaguh ulama Muslimin daripada ulama hadis, ulama tafsir, ulama fiqh, ulama usul fiqh dan ulama aqidah – mereka adalah daripada al-Asha’irah dan al-Maturidiah. Ulama mazhab Maliki, ulama mazhab Shafie dan ramai daripada ulama mazhab Hanbali seperti Ibn al-Jawzi adalah Asha’irah dan ulama mazhab Hanafi adalah Maturidiah.”

Dalam Mesyuarat Panel Pakar Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertarikh 28 Disember 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, diputuskan perincian definisi Ahli Sunnah wal Jamaah ialah:

Selain itu, Ahli Sunnah wal Jamaah juga disebut secara khusus atau umum dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri dan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Antara negeri yang menyatakan secara khusus ialah Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan, dinyatakan bahawa: “Ahli Sunnah Wal Jamaah maknanya ialah mazhab Abu Al-Hassan Al-Asha’ri dan Abu Mansur Al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah kedua-duanya.”

Di Johor, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 22 April 2015 mengambil maklum antaranya:

Manakala Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 25 Februari 2016 bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, sahabat dan ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan;

Begitu juga Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 24 hingga 26 Mei 2016 bersetuju antaranya memutuskan umat Islam hendaklah berpegang dalam hal berkaitan dengan;

+60132228549