Faiz Amer

Pas adalah parti serpihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Fuh lama tak update. tapi hari ni saya nak update sebab dah berapa kali soalan yang sama diajukan kepada saya. Kenapa tak sokong PAS? Antara PAS dan UMNO hang sokong sapa?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, saya nak declare siap-siap yang saya bukanlah penyokong tegar sistem demokrasi dan saya tak berpendapat sistem demokrasi ini adil. Sebabnya adalah semua orang satu undi, ulama satu undi, orang pandai satu undi, orang bodoh satu undi, penjenayah pun satu undi, maknyah satu undi. Saya tak rasa itu sistem yang adil.

Namun, sekiranya orang Islam tak ambil peranan dalam politik dan pemerintahan, tunggu sahajalah kehancuran Islam.

Jadikan dunia di tapak tanganmu dan akhirat di hatimu

Sebab utama sebenarnya saya tidak menyokong PAS adalah, PAS merupakan parti serpihan UMNO. Yang saya anggap sebagai keluar dari Jamaah Orang Islam pada waktu itu di Tanah Melayu. Saya berpegang dengan hadis Nabi

“Dari Abu Dzar radliyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memisahkan diri dari Al-Jama’ah walaupun sejengkal, maka berarti dia telah melepaskan ikatan Islam dari tengkuknya.” (HR Abu Daud, Ahmad dan Hakim)

So harap anda semua membaca petikan artikel di bawah dan berfikirlah sendiri. Tak akan ada yang mampu memberikan kefahaman dan hidayah kepada anda semua selain dari Allah. Dan hanya kepada Allah saya berserah dan berharap supaya yang membaca tulisan ini dikurniakan kefahaman, taufik dan hidayah. Buang semua prejudis dan berlapang dada kerana apa yang ditulis dalam artikel di bawah adalah fakta sejarah yang tak boleh disangkal.

Now.. Iqra’!


 

Satu persidangan ulama telah diadakan di Muar, Johor pada tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd. Noh Omar yang bertujuan untuk memikirkan pembanguna Islam di negara ini. Persidangan itu dianjurkan oleh UMNO di bawah kepimpinan Dato’ Onn Jaafar. Persidangan itu menghasilkan penubuhan Persatuan Islam Se Malaya atau PAS sebagai salah satu sayap UMNO di dalam menggerakkan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanahair yang program utamanya ialah memerdekakan negara darpada penjajahan.

Persidangan itu juga turut menonjolkan seorang tokoh ulama dari Terengganu iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan yang kemudiannya menduduki jawatan penting di dalam UMNO sebagai ahli MKT dan rapat dengan presiden parti iaitu Dato’ Onn bin Jaafar. Haji Ahmad Fuad turut mengetuai sayap ulama di dalam UMNO iaitu PAS.

Apabila berlaku krisis di dalam UMNO yang membawa perletakan jawatan Dato’ Onn daripada presiden UMNO, Haji Ahmad menjadi salah seorang daripada calon presiden disamping Tunku Abdul Rahman Putra dan Dato’ Zainal Abidin. Tunku Rahman telah dipilih sebagai presiden setelah mengalahkan calon-calon yang lain.

Haji Ahmad tidak menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sebaliknya beliau keluar dari UMNO dan membawa bersamanya PAS. Pada tahun 1951 PAS ditubuhkan sebagai persatuan yang berasingan daripada UMNO, sebagai parti politik baru. Ternyata bahawa kemunculan PAS sebagai parti politik adalah serpihan daripada UMNO. Serpihan yang bukan dari hati yang suci dan murni, tetapi kerana kecewa. Kekecewaan telah menjadi faktor utama wujudnya parti-parti serpihan di dalam arena politik di negara ini. Serpihan-serpihan itu menyebabkan UMNO sedikit sumbing. Walaupun sumbingan-sumbingan itu boleh diperbaiki, tetapi serpihan-serpihan yang membawa parti induk menjadi sumbing ini, adalah fenomena yang negatif di dalam perjuangan UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Ia seharusnya tidak dibiarkan berlaku berulang-ulang kali. Namun kelemahan dan ketamakan manusia, tidak mudah dikawal dan tidak sesiapapun yang dapat menjamin politik serpihan ini tidak berulang sehinggan kesumbingan di dalam perjuangan bangsa dapat dibendung. Disini perlu diperingatkan pentingnya niat yang bersih menjadi nadi kepada keikhlasan di dalam perjuangan.

Rasulullah bersabda ertinya:
Hanyalah amalan-amalan itu dinilai dengan niat dan hanyalah habuan bagi seseorang itu mengikut apa yang ia niatkan.

Jika sesuatu perjuangan itu didokong oleh niat yang berudang disebalik batu dan pepat di luar rencung di dalam ia membawa bersamanya elemen-elemen kemusnahan dan kehancuran. Apabila PAS keluar daripada UMNO hasil daripada kekecewaan perasaan itu, sering menghantui perjuangannya dan sehingga kini, PAS tidak dapat memperbaiki dirinya daripada tindakan-tindakan yang meruntuhkan. Niatnya yang kecewa terhadap UMNO dan niatnya untuk menyaingi UMNO, menghantui perjuangannya dan setiap tindak tanduk dan gerak gerinya sehingga lupa kepada pertimbangan yang adil dan saksama di dalam membuat sesuatu kenyataan dan hukuman. Tindak-tanduk seperti ini, tentunya merupakan elemen meruntuhkan.

Imam Al-Ghazali, didalam Ehya ‘Ulumuddin menyebut sepotong hadis yang berbunyi :
Ertinya: Manusia semuanya binasa melainkan orang yang berilmu. Orang-orang berilmu semuanya binasa melainkan orang-orang yang beramal dengan ilmunya dan orang-orang beramal semuanya binasa melainkan orang-orang yang ikhlas di dalam amalannya dan orang-orang ikhlas itu berhadapan dengan cabaran besar.

Meskipun hadis itu disebutkan oleh Zain Al-Iragi sebagai daif, namun yang terkandung di dalamnya, tidak berlawanan dengan Al-Quran dan hadis-hadis lain yang sahih, kerana itu hadis ini boleh dipakai untuk menjelas sesuatu pengertian daripada ajaran Islam. Dalam hal ini, ia menjelaskan tentang pentingnya keihklasan di dalam sesuatu perbuatan dan tindakan manusia. Niat PAS ditarik keluar daripada UMNO, kerana didorong kecewa, tidak membawa kebaikan kepada umat Islam hingga ke hari ini. Berbagai masalah dan angkara berlaku, akibat tindakan-tindakan PAS.

+60132228549