Membina sebuah PC Game

Artikel ini adalah artikel cara untuk membuat pc gaming anda sendiri. Ya! Anda boleh membina PC Gaming anda sendiri! Sebuah Komputer Desktop yang lengkap mempunyai beberapa komponen. Komponen yang dimaksudkan adalah:

Komponen PC Gaming

a. Motherboard
b. Processor / CPU
c. RAM
d. Hard Disk
e. Casing
f. Graphic card (Optional tak ada pun tak apa)
g. CD/DVD-R/RW (Optional juga)

Berikut adalah penerangan untuk setiap komponen di atas:

A. Motherboard

Motherboard adalah komponen paling utama dalam sebuah komputer. Antara jenama motherboard yang biasa digunakan adalah MSI, Asrock, Asus, ECS, Foxconn, Biostar, Intel dan beberapa jenama yang lain. Key Point utama untuk motherboard adalah:

  • SOCKET PIN
    socket pin yang akan digunakan oleh CPU(Processor). Maksudnya, untuk jenis-jenis CPU berlainan, socket pada motherboard juga berlainan, Seperti contoh socket AM3+ (AMD) hanya boleh dipasang kepada motherboard bersocket AM3+. Socket2 ini akan berubah mengikut peredaran zaman sesuai dengan teknologi yang semakin meningkat. Antara socket yang banyak digunakan sekarang adalah AM3+/AM3 , FM1, FM2 untuk CPU AMD dan LGA 1155, LGA2011, LGA775, LGA 1150 untuk Intel CPU
  • SLOT RAM
    Slot RAM yang digunakan oleh RAM berbeza2 mengikut jenis RAM yang hendak digunakan. RAM DDR2 tidak boleh dimasukkan dalam slot DDR3 dan begitu sebaliknya.
  • SLOT VGA
    Slot VGA setakat artikel ini ditulis hanya ada 2 sahaja yang dipakai secara meluas iaitu PCI-E dan AGP, AGP dianggap ketinggalan zaman kerana telah digantikan dengan slot PCI-E yang lebih reliable (bisa diandalkan). Selain dari itu slot PCI juga boleh digunakan sebagai slot graphic sekiranya motherboard tiada built-in graphic.
  • SLOT PCI
    Sesetengah brand motherboard tidak mengutamakan slot PCI pada motherboard yang lebih murah kerana sesetengah user tidak menggunakan slot itu. Tetapi sekiranya anda ingin memasang card tambahan seperti Network Card, Modem, Wireless Card, anda disarankan untuk membeli motherboard yang mempunya Slot PCI.
B. CPU (Processor)

Processor adalah otak komputer dimana kelajuan sebuah komputer bergantung kepada kelajuan CPU ini. Kelajuan CPU diukur dengan Hz, lebih tinggi Hz lebih baik. Multi Core Processor bermaksud processor tersebut mempunyai banyak core, seperti contoh Dual Core 1.5GHz bermaksud Cpu itu mempunyai 2 core dan setiap core mempunyai kelajuan 1.5GHz. Sesetengah orang terkeliru dan menganggap Dual Core 1.5Ghz bermaksud 2 core dengan hasil tambah kelajuan kedua-dua core tersebut adalah 1.5GHz. Bukan, Dual Core 1.5 Ghz bermaksud 2 x 1.5Ghz. Jenama yang biasa untuk CPU ini adalah AMD dan Intel. Perkara yang perlu dititikberatkan untuk memilih processor adalah kelajuan dan cache size nya. lagi besar lagi elok

  • AMD
    AMD processor dikenali ramai dengan harga yang murah dengan spec yang tinggi. Tetapi processor AMD kerap memperlihatkan performance yang rendah di bawah paras spesifikasinya. Performance dan jangka hayat untuk AMD lebih rendah dari Intel tetapi AMD mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu murah.
  • Intel
    Harga processor Intel jauh lebih mahal dari AMD tetapi menjanjikan performance yang tinggi dan sesuai dengan spesifikasi yang tertera pada kotaknya. Processor intel lebih mudah overclock dari processor AMD kerana biasanya processor AMD sudah dioverclock ke tahap maksimum. Antara jenis processor yang biasa digunakan adalah Dual Core, I3, I5, dan I7
C. RAM

RAM berfungsi sebagai pusat penyimpanan data sementara ataupun dalam bahasa mudahnya Short Term Memory. Kapasiti yang lebih besar akan memudahkan komputer memproses data yang banyak dengan cepat dan efisien. RAM yang besar juga akan membolehkan komputer membuat pelbagai task/tugas dalam masa yang sama (Multitasking). RAM mempunyai pelbagai jenis slot seperti SDRAM, DDR, DDR2, DDR3. Windows 32Bit tidak boleh handle lebih dari 4GB RAM dengan formula 2^32 = 4096MB. RAM yang besar akan membuatkan komputer anda bertambah laju dan mengurangkan lag pada program yang berat seperti Game berkuasa tinggi.

D. HARD DISK

Hard Disk berfungsi sebagai pusat media penyimpanan data kekal(selagi tak kene delete, format, atau rosak). Berfungsi untuk menyimpan fail2, program2 dan multimedia. Lagi besar hard disk anda, lagi banyak game anda boleh install, lagi banyak gambar anda boleh save, dan lagi banyak movie anda boleh simpan untuk tonton bila2 anda boring. Hard Disk mempunyai beberapa jenis slot seperti IDE dan SATA. SATA pula mempunyai variasi berlainan iaitu SATA, SATA2, SATA3. Transfer Speed (Kelajuan Hard Disk) SATA lebih tinggi dari IDE, SATA3 lebih laju dari SATA2, dan sebaliknya.

E. CASING

Casing adalah tempat diletakkan semua barang2 diatas, sesetengah orang panggil CPU CASING, atau TOWER CASE. Mempunyai pelbagai jenis seperti ATX, MINI-ATX, ITX dan sebagainya. Bezanya adalah saiz tower case dan jumlah slot yang mampu ditampungnya, seperti contoh, ATX, ITX, Mini ITX juga digunakan untuk mengkelaskan Motherboard. Pemilihan Casing adalah bergantung kepada jenis motherboard yang ingin anda gunakan. Sekiranya anda ingin menggunakan Motherboard ATX, belilah ATX Tower Casing. Macam tu lah. Ada juga yang jenis free size Casing, semua motherboard boleh masok.

F. GRAPHIC CARD

Saya pasti ini adalah komponen yang paling ditunggu2 oleh setiap pencinta game seperti anda yang sudi membaca coretan saya yang agak panjang ni. Graphic card adalah komponen yang berfungsi sebagai pemprosesan graphic, render imej dan penyimpanan data sementara untuk graphic. Beberapa faktor perlu diambil kira dalam pemilihan Graphic card yang baik

  • Core Speed
    Core Speed bermaksud kelajuan processor graphic untuk memproses data. Sesetengah Graphic Card (VGA Card) mempunyai lebih dari satu processor seperti GTX690 yang mempunyai dua core setiap satunya berkelajuan 915MHz. Lebih tinggi kelajuan processor, lebih laju VGA Card tersebut memproses dan merender imej grafik. (Render maksudnya membentuk gambar tersebut dalam bentuk data)
  • Memory Clock Speed
    Memory Clock Speed bermaksud kelajuan data transfer bagi sesebuah graphic card. Lebih tinggi Memory Clock Speed, lebih laju imej akan dipaparkan. Ia sangat penting untuk mendapatkan FPS (Frame Per Second) yang baik.
  • Saiz Memory
    Saiz Memory bermaksud saiz data yang boleh disimpan oleh graphic RAM dalam sesebuah Graphic Card. Sesetengah PC Game menggunakan memory cache untuk memastikan grafik lancar. Dan kecekapan sistem memory cache ini bergantung kepada saiz memori graphic card dan kelajuan GPU (Graphic Processing Unit) untuk sesebuah graphic card.
  • Software
    Software dalaman graphic card juga perlu diambil kira. Dalam technical term orang tak panggil software, orang panggil API. Contoh API yang biasa digunakan adalah OpenGL. Versi OpenGL memainkan peranan yang agak besar dalam sistem rendering graphic card.
G. CD/DVD-RW

Pastikan anda beli hardware ini, kalau tak anda tak boleh masukkan cd/dvd nak install apa2 software.

Sekian terima Kasih. Nota ini hanyalah ringkasan dari apa yang perlu anda tahu. Nota ini tidak lengkap dan sebarang pertanyaan anda boleh inbox kami.

Kami juga membekal semua peralatan yang diceritakan dalam Part 1 dan Part 2. Sebarang pertanyaan bolehlah Inbox https://www.facebook.com/faizamerofficial atau berkunjung ke laman web kami di http://www.mister.my/

Anda juga boleh join perbincangan ilmiah tentang komputer atau apa2 yang anda ingin berbincang di group kami
https://www.facebook.com/groups/mistercomputer

Diharapkan apa yang dikongsi oleh kami memberikan anda sedikit pencerahan bagaimana untuk membina sebuah sistem PC yang power.

tag: Gaming PC Malaysia, How to build Gaming PC

Do you like this post?

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *