Faiz Amer

Koleksi Belajar Tajwid (Interaktif dan PDF)

Dalam segi bahasa, Tajwid bermakna mengelokkan dan membaguskan sesuatu.
Sedangkan menurut istilah, Tajwid ialah suatu ilmu yang membicarakan mengenaimakhraj huruf (tempat keluar huruf), sifat-sifatnya, kadarpanjang pendek bacaan serta perkara-perkara lain yang adakaitan dengan cara bacaan ayat al-Quran.

 

Tujuan Tajwid ialah memelihara bacaan Al-Qur’an dari kesalahan dan perubahan serta memelihara lisan (lidah) dari kesalahan membaca.

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah. Mengamalkan bacaan al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ‘ain bagi setiap Muslim yang mukallaf.

Membaca al-Quran dengan bertajwid boleh dihuraikan dalam dua keadaan:

  1. Membaca al-Quran dengan bertajwid pada kadar yang paling minimum iaitu bacaannya tidak mengubah struktur perkataan atau merosakkan maknanya. Hukumnya adalah fardu ‘ain.
  2. Membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memeliharakeseluruhan hukum-hukum tajwid dalam bacaan. Hukumnya wajib ke atas mereka yang mahir dengan ilmu tajwid.

Disertakan link di bawah untuk mendownload koleksi belajar tajwid berbentuk interaktif dan terjemahan kitab Pengantar Ilmu Tajwid versi PDF

http://www.mediafire.com/?t1mw897cvzmwsd6

+60132228549