Faiz Amer

Jenis-jenis website

Hari ini saya ingin menulis tentang perbezaan laman web, jenis-jenis website dan perbezaannya. Terdapat beberapa jenis website dan tulisan saya ini untuk membantu pembaca untuk membezakan jenis-jenis website.

1. Website Korporat

Website Korporat adalah website yang memberi penerangan tentang sesebuah syarikat, individu atau organisasi. Info-info yang berada dalam website korporat adalah semata-mata mengenai entiti tersebut, Alamat, Contacts, dan Services. Ia juga bertindak sebagai portfolio atau profil organisasi tersebut yang diletak di laman web untuk capaian secara global.

Website Korporat tidak berfungsi secara optimum sekiranya tidak dilinkkan kepada search engine. Teknik linkkan kepada search engine ini dinama SEO. Biasanya servis SEO ini tidak ditawarkan oleh Pembangun Laman Web melainkan diterangkan sebaliknya.

Kebiasaanya, website jenis ini bersifat statik dan perlukan kemahiran HTML/CSS untuk mengubah content website tersebut. Contoh Website Korporat adalah seperti http://www.mister.com.my 

2. Blog

Blog adalah portal tetapi bezanya dengan Web Portal atau News Portal adalah ianya lebih bersifat peribadi dan tidak bersifat korporat. Ia tidak mempunyai About Us, Contact Us, Profil serta Portfolio Entiti tersebut.

Contoh Blog adalah website yang sedang anda baca sekarang. 😀

3. Web Portal / News Portal

Web atau News Portal adalah gabungan korporat website dan news website. Ia bertindak sebagai Website Korporat dan juga News Portal dimana update-update terbaru tentang organisasi itu dimasukkan dari semasa ke semasa.

Web jenis ini lebih disukai oleh Search Engine seperti Google kerana lebih kerap website tersebut diupdate, lebih tinggi kedudukannya di Search Engine. Biasanya website seperti ini telah dioptimizekan untuk Search Engine.

Kebiasaanya, website jenis ini bersifat Dynamic dan mempunyai CMS (Content Management System) yang tidak memerlukan kemahiran HTML/CSS untuk menambah entri website tersebut. Namun pengetahuan basic tentang website dan pengendalian CMS diperlukan untuk maintain website jenis ini.

Contoh Web Portal adalah seperti http://www.moh.gov.my/

4. E-commerce Website

E-commerce Website adalah website jual beli secara online. Ia mempunyai kebolehan untuk memasukkan produk, inventory management, payment gateway, dan juga bertindak sebagai Website Korporat untuk sesebuah entiti (syarikat, organisasi, atau persendirian).

Website E-commerce yang lengkap dengan payment gateway, inventory management biasanya lebih sukar dikendalikan tanpa pengetahuan asas tentang CMS. Untuk mencari penyedia E-Commerce website, pastikan documentation dan manual yang lengkap disediakan supaya pengendali website tidak teraba-raba dan tercari-cari bagaimana untuk mengendalikan website tersebut.

Contoh E-commerce website adalah seperti http://www.mister.my

5. Sistem

Sistem terbahagi kepada 2 jenis, offline dan online. Sistem offline dikendalikan secara intranet dan tidak boleh diakses dari luar network. Sistem adalah yang paling sukar dibangunkan berbanding dengan 4 jenis website yang saya terangkan di atas.

Contoh sistem adalah seperti pendaftaran BR1M secara online.

Kesimpulannya, website ada berbagai jenis dan jenis-jenis itu berbeza antara satu sama lain dan cara pengendalian dan cara pembangunannya berbeza. Saya menyusun jenis-jenis diatas dari yang paling mudah dan murah kepada yang paling susah dan mahal (mengikut pendapat saya).

Saya adalah pembangun sistem secara freelancer, dan ini adalah kesimpulan yang saya dapat buat berdasarkan pengetahuan saya. Mungkin ada salah atau silap here and there tapi manusia itu tak perfect dan tak tahu semua. Tulisan ini adalah berdasarkan apa yang saya tahu

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan saya..

Summary
Article Name
Jenis-jenis website
Description
Hari ini saya ingin menulis tentang perbezaan laman web, jenis-jenis website dan perbezaannya
Author
Publisher Name
Mister Com Solutions
Publisher Logo
+60132228549