Anda mungkin pernah terfikir soalan ini.. Bagaimana Untuk Mendapatkan Website Dengan Pantas?? Hari ini saya akan kongsikan cara yang paling cepat untuk membina website. Ini adalah post untuk mempromosikan Pek Permulaan Go2 (Branding Online Solutions)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ini saya ingin review produk terbaru inisiatif dari MYNIC iaitu Go2 Solutions (Branding Online Solutions). Anda ingin ada website? Selalu kena tipu atau terkena dengan website designer yang hangat2 tahi ayam? Kini anda boleh membina website anda sendiri dengan mudah menggunakan Site Builder yang ada dalam pakej Go2 Branding Online Solutions.
Dalam Pek Permulaan tersebut, anda akan diberikan Kod Pengaktifan dan Manual Pengguna. Aktifkan kod anda dan pilih alamat website atau domain yang anda inginkan seperti di bawah
Setelah mengaktifkan domain tersebut, anda akan dapat beberapa email pengaktifan domain dari MYNIC. Username dan Password untuk cpanel dan Website Builder akan diberi dalam email pengaktifan Pakej Branding Online Solutions.
Anda juga akan diberikan Antivirus untuk PC secara percuma.
Step seterusnya adalah untuk membina website anda. Di bawah ini saya sertakan video demo. Banyak lagi video2 yang boleh ditonton dari page Website Builder yang telah diaktifkan. Video di bawah ini adalah untuk anda dapat gambaran bagaimana Website Builder ini berfungsi.
Dengan pakej permulaan ini, anda juga akan memperolehi web cPanel login. Di situ, anda boleh menggunakan domain (.my/.com.my) anda sebagai email. Ia boleh dijadikan email peribadi atau email syarikat anda.
Build a Website
Untuk mendapatkan pek Go2 Branding Online Solutions ini, anda boleh mendapatkannya secara online dan pek tersebut akan dipos kepada anda. Harga pek ini adalah RM587.
Mister Com Solutions adalah agen berdaftar dengan Mynic untuk distribute pek Go2 BOS ini. Untuk membeli pek ini, anda boleh membelinya dari website MisterCom di https://www.mister.my atau whatsapp kepada http://wasap.la/mister
Anda juga boleh datang sendiri ke premis MisterCom di Bandar Baru Enstek.