Bagaimana saya handle traffic website muslimfirst.nakbe.li

Umum mengetahui gelombang kempen #BuyMuslimFirst yang tiba-tiba menerpa dan mengejutkan semua pihak. Ia seumpama seruan jihad ekonomi yang menggemparkan, mengejutkan dan tidak disangka-sangka.

Dalam kekalutan ada peraturan.

Peraturan cipta kekalutan.

Dimana pula kau berdiri?

Website https://muslimfirst.nakbe.li ini saya lancarkan pada 25 August 2019. Apps pula saya lancarkan hari keesokannya. Boleh tengok post di SINI. Traffic yang sangat tinggi direkodkan dari 28 – 31 August dimana website ini pernah mencecah hampir 4000 visitor serentak.

Alhamdulillah website ini saya bina untuk menampung load sehingga 100,000 concurrent user. Tidak terkecuali dengan serangan siber keatas website saya. Sehingga Akaun Facebook saya telah direport beramai-ramai sehingga disekat 30 hari. Tapi takpelah 30 hari je. Tunggu je lah.

Antara kekangan yang saya hadapi adalah bandwidth. Hosting Provider saya hanya membenarkan 1000GB data transfer selama sebulan. Maka dengan itu saya menggunakan servis image hosting percuma di Imgur.com.

Kekurangan menggunakan servis percuma ini adalah masa yang diperlukan untuk load image tersebut bertambah. Dengan itu, saya menggunakan teknologi LazyLoad untuk load image secara berperingkat. Lazy load adalah satu cara untuk post loading image apabila user scroll atau akses tab. dengan cara itu, browser akan fetch image secara berperingkat.

Hasil dari menggunakan strategi loading image yang baik, website ini dapat diakses dengan lancar. Sudah selesai satu part. tinggal part nak update data didalam website dari masa ke semasa.

Part nak update data, buat website, buat apps, perkara yang sangat mudah bagi saya. Yang sukarnya adalah menjaga hati untuk terus ikhlas. Bukan senang seorang Profit Oriented macam saya nak buat kerja-kerja amal macam ni.

Tapi ah lantaklah. apa nak jadi, jadilah.

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *