Audio Channel Changer

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan program untuk tukar audio channel kepada Left atau Right sahaja. Ia berguna untuk karaoke sendiri-sendiri kat rumah pakai youtube dan tak ada audio mixer kat rumah.

AUDIO CHANNEL CHANGER

 

Program saya ni namakan KaraokeChanger. Asalnya saya mendapat satu custom request dari salah seorang pelanggan servis online saya. Beliau ingin mendapatkan satu software kecil dan mudah hanya untuk tukar audio channel kat komputer office diorang. Kadang2 diorang nak karaoke kat bilik meeting lepas abes keje. Haha

Customer saya membayar 10USD untuk custom request tersebut. Dalam RM40++ la duit kita. Software ni kecik je, saya programkan pun tak sampai setengah jam. Lepas tu saya decide untuk kongsikan dengan pembaca blog saya ini.

Ni adalah screenshot program yang saya buat ni.

Ada tray icon untuk switch channel. Selain dari tu, saya jugak setkan keyboard shortcut untuk kemudahan pengguna. Baik tak saya? haha. Shortcut dia adalah:

Alt + 1 : Left Channel
Alt + 2 : Right Channel
Alt + 3 : Normal

Cara-cara nak download dan install

Mula-mula kene download file di bawah

https://www.mediafire.com/?7qb4qxp15dl2ltj

Update: https://www.mediafire.com/?4txg2updpzq2pzw <– for 32 bit system

Dalam tu ada 3 fail.

Install EqualizerAPO mengikut Windows anda. Kalau Windows anda 32 Bit, install EqualizerAPO32 tu. kalau 64 install yang 64 bit. Anda kene install correct version kalau tak, tak jalan. Boleh tengok kat System Properties untuk memastikan Windows Version anda samada 32 bit atau 64 bit.

Lepas install dia akan keluar satu windows, pilih sound device yang anda nak control. Boleh pilih lebih dari satu.

Kemudian, runkan KaraokeChange.exe tu. Satu Icon akan muncul di Windows Tray anda. Anda boleh kawal audio channel anda dengan right click di tray icon atau menggunakan Shortcut key yang saya tulis kat atas.

Semoga Bermanfaat.

tag:Audio Channel Changer

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *